August 08, 2011

KEK PISANG SIMPLE & SEDAP





kemarin memontengkan diri dari pegi kerja hehe..
jadi d rumah jak. tengok2 plak d dapur ada pisang yg membanjiri ruang dapur aku yang sgt cumil

mulakanlah projek buka tenet n cari resepi yang berkaitan
dan...inilah hasilnya..kek pisang yang simple, senang n sedap!~
jom kongsi resepi

sgt teruja dengan hasil kek ni
sebab rasanya inilah kali pertama try masak kek guna oven n menjadi!~
selalunya cnfrm ada yang kureng
kdg2 xckup masak, kadang2 terlebih masak hehe..
apa pun jom kita kongsi2 resepi
resepi ni aku dapat dari myresipi.com


resepi asal :sofinar@myresipi.com 
 Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 150g pisang emas - dilecek ( sy letak 180gm)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing (sy pakai 150gm jak, sedang2 manisnya)
  • 3 biji telor (sy guna 2 bji)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Cara-cara
  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

*saya pukul telur, ovelate n gula dulu. agak2 ovelate dah hncur sikit, baru masukkan bahan2 lain dan pukul sampai kembang n putih.
*sy bakar menggunakan loyang bulat 8' x 1 1/2 ', 150 darjah selama 40 minit guna api atas bawah (10 minit terakhir guna api bawah jak)








No comments:

Post a Comment